Sunday, August 3, 2014

Pelancaran bulan Sains Kemasyarakatan dan Penghayatan Kemerdekaan 2014

Bertemakan 'Malaysia, disini lahirnya sebuah cinta' pada tahun ini bersempena dengan bulan kemerdekaan iyang ke 57, SMKDMYS melancarkan perasmian program-program di bulan kemerdekaan. Di antaranya ialah pameran galeri sejarah, pertandingan melaungkan azan, melukis poster, kibaran jalur gemilang, kuiz sejarah kenegaraan, pertandingan koir dan sebagainya. Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Ogos.

MATLAMAT
program ini adalah mewujudkan semangat patriotisme serta melahirkan para pelajar yang 'celik sejarah'.


OBJEKTIF
  • mewujudkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air dalam kalangan warga SMKDMYS
  • menjalinkan rasa muhibbah serta kerjasama warga SMKDMYS untuk menjayakan program ini.
  • melahirkan para pelajar yang 'celik sejarah'.
  • mengenang kembali perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air.

No comments:

Post a Comment