Tuesday, September 30, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2014

Warga SMKDMYS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut pada 5 Oktober 2014. Selamat membuat persediaan kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan selepas hari raya ini.

Pameran Apresiasi Seni Visual Prauniversiti Tahun 2014

Pada 29 September 2014 lalu, pelajar-pelajar prauniversiti SMKDMYS telah menganjurkan pameran Apresiasi Seni Visual di dewan Harmoni bagi tahun 2014. Hasil seni yang dihasilkan dipamerkan mengikut kreativiti para pelajar.Pameran berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 5 petang.




Friday, September 26, 2014

Program Fikrah Bahasa Daerah Pontian tahun 2014

Program Fikrah Bahasa Daerah Pontian tahun 2014 telah diadakan pada 25 hingga 26 September 2014 bertempat di SMKDMYS. Sebanyak 16 buah sekolah dalam daerah Pontian terlibat dalam program ini. Program ini melibatkan seramai 160 orang pelajar tingkatan 5 yang mana setiap sekolah menghantar seramai 10 orang pelajar yang tercalon untuk mendapat A+ di dalam subjek Bahasa Melayu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini dianjurkan oleh PPD, M4P dan JKD.

Terdapat pelbagai bengkel dan kaedah yang diberi kepada pelajar dalam menjawab soalan subjek Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2. beberapa orang fasilitator dilantik untuk mengendalikan program ini.

Taklimat Pentaksiran Psikometrik PT3 Tahun 2014

Taklimat Pentaksiran Psikometrik (PPsi) PT3 telah diadakan pada 21 September 2014. Semua pelajar tingkatan 3 terlibat dalam taklimat ini.

Pentaksiran Psikometrik ini merupakan sebahagian daripada komponen PBS dalam bidang bukan akademik. Selain PPsi terdapat juga Pentaksiran lain di dalam bidang bukan akademik iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Wednesday, September 3, 2014

PERTANDINGAN KOIR SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN


Pada 03 Ogos 2014, pertandingan koir telah diadakan bersempena hari kemerdekaan negara yang ke 57 tahun.  Persembahan koir yang diadakan bertemakan lagu patriotik.





Monday, September 1, 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2014

Peperiksaan Percubaan SPM telah bermula pada minggu ini.

Kami warga SMKDMYS mengucapkan selamat maju jaya dan tenang menghadapi peperiksaan.


 TIPS DAN PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1.Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2.Tenang dan percayakan diri sendiri

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3.Bersantailah tapi berhati-hati

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4.Preview soalan-soalan terlebih dahulu

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5.Jawab soalan secara strategik

Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
  • mempunyai markah sedikit .

6.Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7.Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8.Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9.Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10.Analisa jawapan anda

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

11. Berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T


KEM TRANSFORMASI MINDA PELAJAR ASRAMA SMKDMYS 2014

Kem Transformasi Minda Pelajar Asrama Tahun 2014 telah diadakan di Wednesday Ditch Farm & Resort pada 29 dan 30 Ogos yang lalu. Kem ini disertai oleh pelajar-pelajar asrama SMKDMYS seramai 38 orang pelajar.


Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar dan juga kemahiran serta teknik belajar. Pelbagai aktiviti dan slot yang diikuti oleh pelajar sepanjang program.